Friday, 8 November 2013

Pemakanan Seimbang :)


Assalamualaikum :)

             Hai! :) ape khabar semua? harap2 semua sihat2 belaka. seronok kan kalau sihat2 selalu hehe. tp mcam mana nak kekal sihat? haa, senang je. kita makan la secara sihat, yg selebihnya kita berserah je kat Allah, sbab Allah tu Maha Berkuasa kan :)
ok, kalau nak makan secara sihat, mcam mane? jawapannye.. makan lah secara seimbang mengikut panduan piramid makanan hehe.


ok ni la piramid makanan hehe
      
                  Ok, ape yang kita kena tahu tentang piramid makanan? piramid makanan ade 4 aras semuanya (baca ala-ala 'dragon ball ada 7 biji semuanya' hahaha.. ok gurau je :D). aras 1 adalah aras yg paling bawah dan paling besar sekali. makanan dalam aras 1 ni adalah makanan yg tinggi karbohidrat. karbohidrat ni penting sbg sumber tenaga utk badan kita nak bekerja setiap hari. jadi? jd.. maknanya kita kena makan makanan yg tinggi karbohidrat ni byk2 setiap hari. ok? :) kalau ikut saranan kita kena makan dalam 8-12 hidangan karbohidrat sehari. contoh makanan tinggi karbohidrat tu termasuklah nasi, roti, mi, bihun, biskut, pasta, bijirin sarapan tu, roti canai, capati, thosai, kentang, ubi keledek dan macam2 lg. (byk sgt kalau nak list semua hihi).

                    Atas aras 1 tu aras 2. aras 2 ni kecik sikit daripada aras 1. makanan dalam aras 2 ni adalah makanan yg tinggi serat. serat ni banyak kebaikan dia, jd kita kena ambik banyak2 jugak hehe. apa kebaikan serat? serat dapat bagi kita rasa kenyang yg lebih lama (mesti org yg nak jaga makan sbab nak kurus suka dengar ni kan hehe), lg serat dapat bantu utk kurangkan kolesterol dlam badan kita, lg serat dapat bantu penghadaman yg baik utk kita. haa, bagus kan serat ni :) disarankan kita utk ambik dalam 3-5 hidangan serat dalam sehari. contoh makanan tinggi serat buah-buahan dan sayur-sayuran. makan buah n sayur byk2 setiap hari ok? :) (baru nak belajar makan sayur jgak ni hehe :))

                    Ok lepas tu ada aras 3 pulak. makanan dalam aras 3 ni pulak adalah makanan tinggi protein. protein utk ape? protein penting utk membentuk dan memperbaiki kesihatan kulit, rambut, organ2 and sel2 badan kita. lg sat, protein ni penting jugak utk sistem imunisasi badan kita. :) dalam aras 3 ni sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian. bahagian yg pertama tu makanan2 macam ayam, daging, ikan, telur and kekacang. kalau ikut saranan makanan2 ni kena ambik 2-3 hidangan dalam sehari. bahagian yg kedua pulak adalah hasil tenusu, contohnya macam susu, keju dan dadih. hasil tenusu ni tinggi dgn kalsium, yang penting utk tulang dan gigi kita. (nak gigi cantik tak? minum susu banyak2 hehe :)) disarankan ambik hasil tenusu ni 1-2 hidangan sehari.

                    Lastly, aras yg atasss and kecikkk sekali tu, aras 4. makanan dalam aras 4 ni adalah makanan yg tinggi lemak, minyak, gula dan garam. makanan2 ni kita boleh ambik, tp kena kawal, tak boleh ambik banyak2 sangat, sbab tak bagus utk kesihatan kita. kalau ikut saranan memang kena ambik sikit je. jd, kurangkan makan makanan bergoreng and berminyak, kurangkan minum air manis2 dan kurangkan garam dalam masakan kita ok. :)

                    Selain makan secara seimbang ikut piramid makanan ni, kita kena banyakkan senaman jugak. bersenamlah hari2 and amalkan hidup yg aktif ok, jgn banyak duduk rumah tengok tv and main game je tau. buat aktiviti atau tolong2 mak ayah buat kerja rumah ke hehe :) 

               Haha tak sedar pulak terpanjang sangat entry pasal piramid makanan ni. takpe2 pengetahuan tu bagus utk kita semua kan. dah tahu ni kena cuba utk amalkan pulak ok :) utk kesihatan kita jugak kan hehe. thanks for reading. take care, until we meet again. :)

Bye and assalamualaikum :)